LATIHAN 1
Soalan 1 - 5
Baca
sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sekolahku
Sekolahku
Tempat
segala gedung ilmu
Yang
mengajar anak bangsa erti kehidupan
Merealisasikan
suatu wawasan
Bersatu
dan maju
Menuju
era kejayaan
Bersama
pendidik sejagat
Yang
tidak pernah jemu berbakti
Sekolahku
Tempat
segala gedung pengetahuan
Bersama
berganding dan berusaha
Bersama
mencipta kesungguhan
Di
samping rakan sebaya
Melangkah
teguh menempa kejayaan
Meraih
seribu impian
Sekolahku
Tempat
lahirnya generasi berilmu
Kami
anak-anak merdeka
Berikrar
mempertahankan maruah bangsa
Demi
Malaysia negara tercinta
1. Siapakah yang tidak jemu mendidik anak bangsa?
A Guru
B Negara
C Sekolah
D Ibu
bapa
2. Apakah yang dipelajari oleh penyajak di sekolah?
A Cara-cara
untuk mencapai wawasan
B Segala
aspek tentang kehidupan
C Belajar untuk menjadi
tunggak negara
D Cara-cara
melangkah ke satu tujuan
3. Penyajak telah berjanji untuk
A menjadi
generasi yang berilmu
B merealisasikan suatu
wawasan
C bersama
berganding dan berusaha
D mempertahankan maruah
bangsa
4. Bagaimanakah caranya untuk kita meraih kejayaan?
A Rajin
hadir ke sekolah
B Menanamkan
azam dan cita-cita yang tinggi
C Berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan berdedikasi
D Berbakti
kepada guru dan sekolah
5. Istilah
gedung pengetahuan bermaksud
A tempat
tersimpannya segala ilmu pengetahuan
B tempat
menjual ilmu pengetahuan
C tempat mencari golongan
yang berpengetahuan
D tempat
menyembunyikan ilmu pengetahuan
LATIHAN 2
Soalan 1 - 5
Baca sajak di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Anakku
Anakku,
Cahaya
kasih mama,
Dari
kecil kau kubelai dan kumanja,
Tangisanmu
meresah jiwaku,
Tawamu
penawar hatiku.
Anakku,
Permata
hati ibu,
Kau
kuberi ilmu buat bekalan,
Agar
hidupmu tidak menyesal,
Jagalah
tingkah lakumu,
Usah
geranganmu jadi tontonan.
Anakku,
Buah
hati bonda,
Penat
jerih membesarkanmu,
Tidakku
minta balasan,
Ingatlah
sayang akan masa depanmu,
Penuh
ranjau berduri,
Laluilah
dengan penuh ketabahan,
Bonda
doakan moga kau bahagia dan berjaya.
1. Siapakah yang menulis sajak ini?
A Seorang
ibu C Seorang bapa
B Seorang anak D Seorang kakak
2. Bagaimanakah perasaan seorang ibu terhadap anaknya?
A Sangat
merindui anaknya
B Benci
mendengar tangisan anaknya
C Meminta balasan terhadap
pengorbanannya
D Sangat
menyayangi anaknya
3. Apakah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya?
A Mencari
ilmu untuk anaknya
B Menjaga
dan mendidik anaknya dari kecil sehingga dewasa
C Memberi nasihat kepada
anaknya
D Menghambakan
diri untuk anaknya
4. Maksud penuh ranjau berduri ialah
A penuh
duri-duri
B penuh
bahaya
C penuh cabaran dan dugaan
D jalan-jalan
yang dipenuhi dengan duri
5. Apakah doa ibu terhadap anaknya?
A Semoga
anaknya bahagia dan berjaya
B Semoga
anaknya sentiasa tabah
C Carilah ilmu untuk
bekalan hidup
D Jaga
tingkah laku
LATIHAN 3
Soalan 1 - 5
Baca sajak di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Hadirmu
Bagai
mentari menyinari siang
Bagai
bulan menyinari malam
Cahayamu
bertebaran ke seluruh alam
Menyuluh
dada anak watan
dengan ilmu yang kau
curahkan
Kau
hulurkan tangan
Membimbing
generasi
dengan wang ringgit
Pada
Tuhan kuberserah
Agar
sentiasa merahmati kehidupanmu
Tanpa
bimbingan dan kasih sayang
Aku
bagaikan kapal yang tiada haluan
Hilang
kemudi, hilang arah
Kaulah
yang menghulur sauh bantuan
menarik layar, menerjah
lautan
Justeru,
kaulah hadiah berharga anugerah Tuhan
Jasamu akan kukenang sepanjang
hayat dikandung
badan
1. Siapakah yang menulis sajak di atas?
A Nelayan
B Ibu
bapa
C Guru
D Murid
2. Bagaimanakah hidup penulis tanpa guru?
A Hidupnya
penuh dengan onak dan duri
B Hidupnya menjadi lebih
sempurna
C Hidupnya sepi
D Hidupnya
bagaikan sebuah kapal yang tiada haluan
3. Apakah perasaan penulis ketika menulis sajak ini?
A Akan
mengenang jasa guru hingga akhir hayatnya
B Kecewa kerana tidak
dapat membalas jasa guru
C Marah
kerana tidak dapat membalas jasa guru
D Takut kerana terpaksa
melalui onak duri
4. Perkataan anugerah dalam petikan
bermaksud
A kurniaan
B huluran
C ciptaan
D sumbangan
5. Apakah harapan penulis kepada gurunya?
A Agar
kehidupan guru lebih bersinar
B Agar
Tuhan merahmati kehidupan gurunya
C Agar kehidupan gurunya
seperti sebuah kapal yang berlabuh
D Agar gurunya tidak
jemu dalam mendidik anak-anak watan
LATIHAN 4
Soalan 1 - 5
Baca pantun di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
(1) Cik
Johana mengidam betik
Betik
masak di atas batang;
Terbang
semangat penghulu itik,
melihat ayam berlumba renang.
(2) Kalau tuan baik hati,
Belikan
saya sekampit pulut;
Kalau
tuan bijak bestari,
Apakah
binatang tanduk di mulut.
(3) Dalam
semak cari guli,
Ibu
ayam buat sarang;
Orang
tamak selalu rugi,
Macam
anjing dengan bayang-bayang.
(4) Tepuk
amai-amai,
Belalang
kupu-kupu;
Bertepuk
ramai-ramai,
Nanti
malam upah susu.
1 Apakah makna pantun pada rangkap pertama?
A Itik
tidak dapat berenang
B Seorang
gadis mengidam buah betik
C Itik berasa
gementar apabila melihat ayam tiba-tiba boleh berenang
D Ayam
sudah mula pandai berenang
2 Apakah jenis pantun pada rangkap kedua?
A Pantun
Pahlawan C Pantun Teka-teki
B Pantun
Budi D Pantun Nasihat
3 Apakah pengajaran daripada pantun rangkap ketiga?
A Janganlah
mencari guli dalam semak
B Jangan
bersikap tamak kerana ia akan merugikan diri sendiri
C Jangan bersikap
tamak seperti anjing
D Janganlah
melakukan sesuatu perkara yang akan merugikan diri sendiri.
4 Pantun rangkap keempat, sesuai untuk ________.
A bayi
B kanak-kanak
C remaja
D warga
tua
5 Apakah gambaran bagi pantun pada rangkap keempat?
A Memujuk
seseorang supaya jangan menangis
B Satu pendedahan kepada kehidupan yang
bakal mereka tempuhi
C Apabila bertepuk
ramai-ramai, hati akan gembira
D Pujukan
kepada kanak-kanak yang sedang berduka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan