Khamis, 24 November 2011
Mari Mengenal Puisi
MARI BERPUISI
Kita pernah mendengar orang
menggunakan puisi dalam percakapan dan penulisan. Bahasa yang mengandungi puisi
dianggap indah kerana mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Puisi biasanya
banyak digunakan dalam masyarakat Melayu lama yang semakin dilupakan oleh
generasi sekarang. Namun begitu, atas kesedaran yang wujud tentang indahnya
bahasa puisi, terdapat pihak-pihak tertentu telah cuba membuat pelbagai program
untuk mengembalikan penggunaan puisi dalam masyarakat sekarang.
Puisi terbahagi kepada beberapa
bahagian. Antaranya pantun, sajak, syair, gurindam dan seloka.
Mari Mengenal Pantun
Pantun merupakan sejenis puisi
berangkap yang mempunyai persamaan bunyi di hujung pembayang dan maksudnya.
Bilangan baris dalam satu rangkap adalah genap iaitu dua, empat, enam, lapan ,
sepuluh dan seterusnya.
Ciri-ciri Pantun
Contoh : Pantun empat baris satu
rangkap (Pantun 4 kerat)
-
Dua baris pertama - Pembayang
-
Dua baris kedua - Maksud
-
Rima akhir – abab/aaaa
-
Rima akhir baris pertama mestilah sama
dengan rima akhir baris ketiga
-
Rima akhir baris kedua mestilah sama
dengan rima akhir baris keempat
-
Bilangan suku kata – 8 hingga 12 suku
kata dalam satu baris
Contoh Pantun Dua Kerat
Ada ubi ada batas,
Ada
hari boleh balas.
Contoh Pantun Empat Kerat
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga,
Hancur
badan di kandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Mari Mengenal Sajak
Merupakan karangan berangkap moden
yang biasanya tidak mempunyai bentuk-bentuk tertentu.
Contoh Sajak
Tajuk: Bahasa bangsa
Bahasa Malaysia aku pelajari
Dengan kesungguhan dan keikhlasan hati
Menyusun kata membawa kalimat
Bicara murni aku tuturkan
Bahasa Malaysia nian indah
Penuh kelembutan
Penuh keunikan
Peribahasa dan pantun tinggalan warisan
Dengan amat bangga aku gunakan
(Buku Teks BM Tahun 6)
Mari Mengenal Syair
Merupakan karangan yang bersajak
yang terdiri daripada empat baris dan mempunyai rima akhir yang sama.
Contoh Syair
Tajuk: Puteri Koreena
Tersebutlah kisah seorang puteri,
Wajahnya cantik berseri-seri,
Puteri Koreena nama diberi,
Rajin belajar setiap hari.
Orangnya pintar bijak bestari,
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Pada yang tua sangat dihormati,
Ibu dan bapa selalu ditaati.
(Buku Teks BM Tahun 6)
Mari Mengenal Gurindam
Merupakan salah satu puisi Melayu
yang terdiri daripada dua baris yang berisi dengan pengajaran.
Contoh Gurindam
Tajuk: Gurindam Rajin Ke Sekolah
Jika kita rajin ke sekolah,
Tentu beroleh banyak faedah.
Jika ingin menjadi pandai,
Membaca buku jangan lalai.
(Buku Teks
BM Tahun 6)
Mari Mengenal Seloka
Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, samaada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek,
menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.
Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama
adalah :-
- Seloka Emak Si Rendang
- Seloka Pak Kaduk
- Seloka Pak Pandir
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Langgan:
Catatan (Atom)